Monday 2 November 2009

want to be my enemy

Bab 4

Ya Allah!He’s my enemy.......
“Assalamualai....,”kum.Hakim putus di situ.
Oh my God!She’s my enemy........
“Mari sini,Kim.Mama kenalkan nilah Bell.Anak Mak Cik Melur yang kedua.”
Kalau aku tau yang inilah anak Mak Cik Melur,sumpah mati hidup semula pun aku tak jejak kat rumah ni hari ni.
“Kim,mama cakap dengan dia.Boleh pulak dia buat tak reti je,”
“Tak de lah,mama.Hakim rasa penat sikit,”
“Biasalah kumbang dah bertemu dengan bunga,mestilah dah tertarik.Betul tak?”Puan Melur mengusik Bell dan Hakim.Ayah dan Pak Cik Mustafa gelak macam orang gila baru lepas keluar tahanan je gayanya.
“Ibu,apa cakap macam ni?Dah la.Bell masuk dulu nak siapkan apa – apa yang patut,”
“Budak perempuan.Biasalah malu!”Puan Melur inject lagi.Hakim yang berada di situ buat muka lima puluh sen je.Sebelum beredar,Bell sempat lagi jelingan maut kepada Hakim,dalam erti kata lain,dah tak de orang lain lagi ke yang nak jadi anak Mak Cik Yati.

****************
Dalam hati Bell,dah macam – macam sumpah seranah yang keluar.Sumpah semerah padi pun termasuk jugak.Baru 2 minggu lepas Bell jumpa orang yang sama di hospital.Waktu tu boleh lah nk balas dendam ke apa.Ni rumah parents aku.Nanti apa pulak kata ibu dengan ayah nanti kalau aku buat benda yang pelik – pelik nanti.Mahu 7 keturunan aku nanti,ceritanya tak habis – habis lagi.Dalam masa 2 bulan,asyik jumpa orang yang sama je.Orang yang paling aku menyampah pulak tu.Lepas ni aku kena ajak Aisyah cari dukun,boleh aku mandi bunga buang bala kat badan aku.Bell,benda tu khurafat.Pendidikan Islam SPM kau dapat berapa?Ya Allah,ni memang sah aku dah alergi tahap giga kat mamat tu.Apa ntah nama mamat tu.Hakim?Ha,whatever.Tiba – tiba telefon bimbit Bell yang sedia tergantung di leher menjerit minta diangkat.Lantas punat berwarna hijau ditekan.

“Assalamualaikum,”Bell memulakan salam.
“Waalaikumussalam,Bell.Ni Along ni,”Alif menjawab.
“Ye,Bell tau la.Kenapa Along?”
“Nanti Bell bagi tau kat ibu,kata yang Along may be sampai lepas Maghrib kut.Highway memang jam gile,”
“So,Along tak jadi imam la kali ni?”
“Alah,orang lain kan ada.Along dengar cerita anak kawan ibu ,Mak Cik Yati datang kan?”
“Hrmm,”Bell mula berintonasi tiada nada.
“Kenapa ni?Lain macam je bunyi.”
“Tak de pa pe la,”
“Bell suruh je ibu offer kat anak Mak Cik Yati tu.”
“Tengok la dulu macam mana,”
“Okay la,Bell.I’m off.Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
Ada ke patut Along suruh ibu offer kat anak Mak Cik Yati tu?Cakap Melayu pun nak tak nak,ni nak suruh jadi imam?
*************
Bell terlampau sibuk dengan kerja di dapur sampai terlupa nak sampaikan hajat Along nak anak Mak Cik Yati jadi imam Maghrib.Dah nasib jadi anak perempuan tunggal.Boleh dikatakan semua kerja memerlukan pertolongan Bell.Nak harapkan Aril,tak payah la.Kalau la Aril menolong semua kerja Bell masa ini,ni baru betul rezeki jatuh dari langit.Sampaikan dah azan Maghrib baru Bell tersedar pesanan Along untuk ibu. Bell tergesa – gesa menaiki anak tangga menuju ke arah ruang solat yang berada di tingkat atas.Kelam – kabut naik tangga sampai tak sedar kaki dah terpijak kain baju kurung.Mujur pada waktu yang sama,ada tangan yang sudi memegang lengan Bell tanda sokongan untuk mengelakkan Bell terjatuh dari tangga.
“Thanks,Ril.Mujur Kak Bell tak jatuh tadi,”
“Hello,miss!Ni Hakim la,”Bell baru tersedar yang tadi Aril berbaju Melayu merah hati.Ni tangan siapa pulak.Baju Melayu biru muda?Ya Allah,ni anak Mak Cik Yati!
“Hei,off your hand!Apa pegang – pegang anak orang ni?”
“Wei,aku nak lepas la.Sekarang ni kau tengok,siapa yang pegang siapa?”Tangan kanan Hakim memegang lengan kiri Bell manakala tangan kiri Bell memegang lengan kanan Hakim sebagai sokongan untuk mengelakkannya daripada jatuh.Hakim pantas melepaskan tangan kanannya.Bell juga pantas melepaskan tangan kirinya.Dari atas,Aril memerhatikan sahaja tingkah laku kakaknya,Bell dan Hakim.
“Woi,dah – dah la scene romantic korang tu.Berbulu biji mata kau tengok korang ni.Hahaha,”Aril meninggalkan Bell dan Hakim setelah berkata – kata.Bell pula lantas berlari menuju ke ruang solat.
“Girl!You owe me one thing,”Hakim bergerak menuju ke bilik air.Dalam hati Bell dah macam larva gunung berapi yang tunggu masa je nak meletus.
**************
“Ibu,tadi Along call.Bell lupa nak cakap yang Along may be sampai lepas Maghrib kut,”
“Ah,ibu ada dapat mesej tadi dari Along.Semua kerja dah settle?”
“Semuanya dah okay.Bell masuk bilik dulu.Nanti ibu panggil Bell,k?”
“Okay,”
Di dalam bilik,baru Bell dapat merehatkan dirinya.Selesai membersihkan dirinya,Bell memakai baju kurung berwarna krim dan bertudung warna sedondong.Dia sengaja membukakan sedikit pintu biliknya untuk mendengar bacaan surah dalam solat oleh imam Maghrib.Kebetulan ruang solat di rumahnya bersebelahan dengan biliknya.Disebabkan itu bacaan oleh imam agak jelas didengarinya.Imam mengalunkan bacaan surah Al-Mulk dan Al-Jumuah.Rasa tenang yang menyelubungi Bell.Sengaja dia berbuat demikian kerana fikirnya dalam keadaan yang uzur ni,lebih baik dia mendengar bacaan surah kerana tidak berkesempatan untuk menunaikan jemaah solat bersama – sama.Aril ke yang jadi imam ni?Rasanya tak kut.Suara dia lain je.Ayah pun jarang nak baca surah ni kalau solat pun.Siapa dia?Rasa macam budak tahfiz je gaya dia baca.Sedar tak sedar rupanya orang dah pun habis menunaikan solat Maghrib.Jauh betul aku mengelamun fikir siapa imamnya.Bila Along nak sampai ni?Baik aku turun bawah dulu siapkan apa yang patut.
****************




Waktu melipat kain selepas makan malam bersama ibu dan ayahnya,Bell sama sekali tak pernah terduga perkara ini yang akan berbangkit dari ibu.
“Bell,tadi Mak Cik Yati dan suaminya datang petang tadi.Dia ada sampaikan hajat buat Bell,”Puan Melur cuba berlembut sehabis baik.
“Hajat pe?”Kain yang nak dilipat pantas terhenti.
“Buat anak dia Hakim yang datang hari tu.Kami dah setuju nak kahwinkan kamu berdua sebab masing – masing tak de marka.
“Apa?Ibu,Bell tak nak la,”Encik Talib pasang telinga je.
“Alah,apa kurangnya budak tu?Baik je ibu tengok.Muka pun smart je,”
“Tolonglah,bu.Orang tak nak,”
“Bell kami dah setuju pun.Lagipun Hakim kata kat mama dia yang dia tak kisah pun nak kahwin dengan Bell,”Hakim ni gila ke?Berperang bagai nak rak,dia boleh on je nak kahwin dengan aku.Macam aku nak kahwin dengan dia.
“Bell jumpa dulu dengan budak tu.Okay je budak nya,”Muka Bell dah jadi macam asam jeruk je masamnya.
“Ibu,dia belum tentu lagi boleh pimpin Bell.Ntah – ntah jadi imam solat jemaah pun tak pass lagi,”
“Bell,kamu tak tau ke?Hakim la yang jadi imam ganti Along masa kita buat doa selamat untuk anniversary ibu dan ayah itu hari,”
“He what?”Mulut Bell dah terlopong sampaikan kalau sumbat batang buluh pun muat.

No comments:

Post a Comment