Monday 2 November 2009

want to be my enemy

Bab 6

"Ma,seriously.This is the best nasi beryani I've ever had.Superb ni,ma!"Bell ikhlas memuji mak mertuanya. Bell kalau dengan nasi beryani memang tak boleh lari.Memang favourite dari zaman dolu-dolu lagi.Mama cuma senyum je.Mak mertua Bell ni memang murah dengan senyuman. Mama ni tak lenguh ke asyik senyum je.Kau ni Bell memang teruk betul!
"Kalau dah betul superb,apa lagi tambahlah nasi tu lagi," Mama cepat-cepat mengangkat mangkuk nasi dengan niat untuk menceduk nasi ke pinggan Bell.Bell pantas menghalang.
"Dah,cukup ma.Bell dah tak larat nak makan lagi ni.Dah rasa macam ular sawa pulak.Nanti kang tak bagun pagi Bell esok,"
"Bell,mama lupa nak bagi tau.Hakim tak de kat rumah sehari dua ni.Katanya ada mesyuarat apa ntah."
"Oh,ada tadi dia bagi tau kat Bell."Pandai kau Bell temberang mak mertua kau.
"Ma,papa dengan Erina mana?Dari tadi sunyi je rumah ni,"Bell cuba berbahasa.
"Papa pergi Kuala Lumpur,ada seminar.Erina ada tuisyen tapi adik kamu kalau hujung minggu macam ni suka tidur kat rumah kawan dia si Sasha tu.Kawan baiklah katakan."
"Bell tambahlah lagi nasi ni.Kamu dengan Hakim sama je favourite.Masing-masing suka nasi beryani!"
"Alah,mama.Kebetulan je tu.Dah cukuplah Bell makan ni.Karang Bell betul-betul tak bangun pagi baru haru."Perut dah terasa tunggu masa je nak meletup.
"Alah,esok kan kamu cuti.Tak pe nye kalau kamu tak bangun pun,"
"Apalah mama ni.Takkan lah Bell tak bangun kut.Bell baru nak menuntut ilmu masakan dari mama.Bell ingat nak belajar masak kari ayam dengan mama.Mama masak sedap sangat sampai Bell terlupa nak mintak tunjuk ajar dari mama.Bolehkan,ma?"
"Mestilah boleh.Takkan mama nak simpan sorang-sorang je resipi tu.Esok teman mama pergi pasar,boleh?"
"Insya Allah,ma.Nak perginya pukul berapa,ma?"
"Pukul 8 lah."Mama segera mengangkat pinggan-pinggan kotor dibawa ke singki untuk membasuh.Bell segera menghalang.
"Tak pe,ma.Tinggalkan semua kerja ni and pergi berehat.Biar Bell je yang basuh semua ni.Mama dah cukup penat dengan semua kerja kat rumah ni."
"Alah,Bell.Kamu tu lagi penat lagipun sikit je kerja ni,"
"Tak pe.Ma pergi berehat.Kalau tak Bell merajuk dengan mama baru tau."

Akhirnya,mama mengalah dan segala kerja membersih di dapur semua Bell habiskan dengan baik.Selesai kerja membersih,dia segera naik ke biliknya untuk merehatkan diri.Malam ni,Erina ada tuisyen dan papa pun kena outstation uruskan segala kerja yang tak pernah habis tu.Patutlah,malam ni sunyi.Cuma tinggal aku dengan mama je.Malam ni tak delah mengantuk sangat macam selalu. Kalau boleh ajak Erina bersembang dengan aku kalau bosan macam ni.Apa pasal yang kau bosan sangat ni Bell?Ye ke sebab tak boleh tidur atau sebab....Hah,merepek lah tu.Baik aku tukar baju tidur aku.Nasib baik malam ni cik abang tak de dalam rumah dalam erti kata lain mestilah cik abang tu tak de dalam bilik ni jugak.Malam ni aku tidur dengan sweet dream bukannya nightmares macam malam sebelumnya.So,tonight dress code suka hati.Bilik ni aku yang punya walau pada hakikatnya memang bilik ni memang cik abang tu yang punya.Bell pantas menukar pakaiannya kepada night dress paras lutut.Memang sejak dulu lagi,inilah pakaian tidurnya cuma sejak ada room mate lain jantina ni,dah macam ustazah pakaian tidurnya. Tak pernah dibuatnya,tidur pakai long sleeves dengan seluar gedabak lagi tapi tak delah sampai nak tutup kepala.Rasa macam nak buat je tutup kepala tu tapi macam over la pulak nanti.Nasib baiklah,bilik ni ber air cond.Kalau tak masak jugak aku nak tidur dalam bilik ni.Bell pantas mencapai mp3nya as her lullaby di malam hari.Akhirnya,dapat juga aku tidur atas katil ni.Kalau tak,jangan haraplah.Kalau ada dia,lebih baik aku tidur atas sofa tu pun lagi bagus.
"Argh...Sedapnya,"akur Bell sambil menggeliat meliat lenturkan segala sendi-sendi di badan.Akhirnya,Bell pun rebah tak sedarkan bersama larut malam sambil earphone di telinga mengalunkan lagu Starlight-Muse....

************

"Assalamualaikum,"Hakim memberi salam untuk seisi rumah itu.Nampaknya,semua orang dah tidur kut.Alah,masuk je la.Nasib baik aku bawak kunci rumah.Kalau tak malanglah aku tidur dalam kereta malam hari macam ni.Papa pun bukannya nak bagi tau awal-awal kata seminar tu papa yang wakilkan.Papa,papa.Nasib baik papa tu bos aku kalau tak....

Hakim lantas membuka pintu rumah.Pintu di tangga yang masih bernyala membantu perjalanan Hakim ke biliknya.Malas nak membuka lampu takut mengganggu orang rumah.Tombol pintu bilik dicapai lantas dibuka.OPPS!!!!!!Aku ni salah masuk bilik ke?Hakim lantas keluar semula.Betullah ni pintu bilik aku,tapi yang kat atas katil tu siapa?Hakim masih berkira-kira dihadapan pintu biliknya.Bilik Erina kat tingkat 2 and bilik mama kat sebelah.Betullah ni bilik aku. Sedang Hakim berkira-kira,pintu bilik sebelah terbuka dari dalam.Mama.
"Hah,Hakim.Balik pulak kamu malam ni.Tadi,kata nak pergi KL,"
"Tak jadilah,ma.Rupanya papa wakilkan Hakim kat sana.Hakim balik lambat sebab nak siapkan kertas projek Hakim.Mama nak pergi mana ni?"
"Oh,mama nak pergi dapur jap.Nak minum air,hauslah pulak tekak ni.Hah,masuklah bilik dulu rehatkan badan."
"Okay,ma.Hakim masuk dulu.Mama elok-elok ye,"Hakim lantas masuk ke biliknya.Dilihatnya Bell di atas katil.Biar betul minah ni.Tak pernah dibuatnya tidur pakai baju macam ni.Hakim meletakkan beg kerja dan segera ke bilik air untuk membersihkan diri.Usai membersihkan diri, Hakim terus memakai baju pijama.Mana aku nak tidur malam ni.Dia ni pun sebelum ni aku offer tidur atas katil, tak nak.So,yang offernyer aku kiranya dia dah terimalah kut tawarannya.Hah,tidurlah je lah atas katil ni.Lagipun ni katil aku.Aku punya sukalah.

*****************

Tuk...Tuk...Tuk...Bell,Hakim bangun.Solat Subuh dengan mama.Cepat,nak!
Kedengaran sayup-sayup suara mama.Apa berat sangat bantal peluk ni?
"Ma,Bell cuti,"
Tuk..Tuk..Tuk...Yalah,mama tau.Hakim bangun.
Apa mama mengarut panggil Hakim ni?Tiba-tiba terasa nafas orang dekat je kat telinga ni.
"Jap lagi Hakim datang.Mama tunggu Hakim dulu,"
Yalah.Mama pantas menyahut.
Darah dah terasa turun dari muka.Yang kat pinggang aku ni apa?Bell pantas menoleh dan tiba-tiba rasa macam kene golek kat tengah padang pasir je rasanya.
"Hakim,what are you doing here?Get off!"
"Wait,girl.Don't you forget?This is my bed.Of course I'm here.And what are you doing here,girl?"Bell pantas turun dari katil dan berlari ke arah bilik air.Di dalam bilik air,Bell cuba menenangkan dirinya dengan membasuh muka semahu-mahunya dengan air.Di pintu kedengaran ketukan bertalu-talu.
"Bell cepatlah sikit.I nak ambil wudhuk ni.Mama tengah tunggu ni.,"
Bell buat tak kisah je.Ya Allah,nasib baik aku pakai baju....Wait a minute he hug me while I'm wearing this.Oh no,God!Please...
"Bell cepatlah.Mama tunggu."
"Yalah,I keluarlah ni,"Jerit Bell dari dalam.Bell lantas membuka pintu bilik airnya.Terjegul wajah Hakim di mata.Hakim senyum senang.
Hakim,I hate that sarcastic smile.
Bell,pucatnya muka you.Sian.
"Bell,lamanya you ambil wudhuk.Rajin you bangun subuh walaupun you dapat cuti free."
"Suka hatilah.Sibuk hal orang.Pergilah masuk!"
"Garangnya.Neway before I masuk.I nak cakap something."
"Apa dia?"malas nak melayan jantan miang ni.
"I love what are you wearing right now.So sweet,"Hakim cepat-cepat masuk ke dalam bilik air.Hakim tak dapat nak tafsirkan riak muka Bell waktu ni.
Tak guna.Rasa macam nak cekik-cekik je mamat ni!

7 comments:

  1. salam..
    x sabar nk tau smbngan...
    i like ur wrting...
    good job...

    ReplyDelete
  2. salam .
    honestly kiter ckap !
    x saba tnggu n3 baru !
    hahahahahha . ..
    -shahieka-

    ReplyDelete
  3. salam .
    cepat lar smbung 2 .
    tiap-tiap ari bukak tnggu smbungan nyer .

    -shahieka-

    ReplyDelete
  4. lambat lgi ker nak smbong??

    ReplyDelete
  5. salam, mana sambungannya???? lambat lagi ke??? hari2 bukak tp xder..huhu..very sad..

    ~sue~

    ReplyDelete
  6. hee...best r cite ni..
    suka sgt ngan hakim tu.. ;)
    ~sherah~

    ReplyDelete
  7. plizzzz....cptla smbg...citer niey besss sgt...

    ReplyDelete