Monday 2 November 2009

want to be my enemy

Bab 1

Alhamdulillah.Hanya itu yang mampu terluah dari mulut Bell.Dah lama rasanya Bell tak pulang ke Malaysia.Bell berjaya mengotakan janji pada ibu bapanya supaya satu hari nanti dia akan berjaya membawa segulung ijazah keluaran universiti di United Kingdom.Bell bukannya sekadar membuat janji Melayu.Rasa sengal – sengal badan semakin menggila di badan Bell.Gara-gara duduk lama di dalam kapal terbang barangkali yang mengambil masa berjam- jam lamanya untuk samapi di destinasi yang dituju,Malaysia.Ya Allah,tak sabar rasanya aku nak sampai ni.Mak dengan ayah dah sampai ke belum? Baik aku tidur je.
“Para penumpang yang dihormati,destinasi yang dituju akan tiba dalam masa 30 minit lagi.Harap maklum”suara kapten kapal terbang milik syarikat penerbangan MAS bersuara tegas disusuli pengumuman yang diadakan dalam Bahasa Inggeris.Hati Bell mula berdentum mengalahkan drum mainan Brad Delson dari kumpulan Linkin Park.Mana taknya.Diri dah terasa terlebih dos excited yang dah semakin menular dalam diri.Dalam melayani keghairahan dos excited, tiba-tiba Bell terasa ingin menbuang hajat di toilet.Perut tiba – tiba mebuat hal dengan memulas – mulas rasanya.Bagai sebuah washing machine yang cuba menghabiskan prosesnya yang terakhir,spin.
Dalam kekalutan ingin ke toilet,Bell sempat lagi mengalunkan irama kecil.Lagu anak itik tok wi.Biasalah,aura Malaysia sudah sampai.Lagu anak itik tok wi pun menjadi pilihan.Tiba – tiba Bell terasa dirinya melayang entah ke mana.Bahu terasa sengal,sakit akibat dilanggar sesuatu.Seorang.Lelaki.Dalam.Kapal.Terbang.”Aduh,malunya aku.Orang dah la ramai baru bangun tidur sebab dah nak sampai.Aku pulak duk buat wayang kat sini.Malu.”ngomel Bell.Baru sahaja ingin berdiri,tiba- tiba telinganya menangkap bunyi yang amat bising.Suara.Manusia.Sedang.Marah.
“Are you blind?Did you think I’m a stupid thing standing here?”lelaki tersebut menengking Bell sekuat – kuatnya.
“I’m so sorry,sir”Bell masih cuba untuk berdiri.Baik aku minta maaf jer.Orang bangsa asing ni terutamanya bukan keluaran Malaysia ni,kena jaga hatinya.Maklumlah,nak datang ke negara kita.Sambil Bell berdiri,dia memerhatikan lelaki yang dilanggarnya tadi dari bawah ke atas.Kulit macam orang Melayu tapi cakap berabuk English,getus hati Bell.Akhirnya Bell berjaya menstabilkan dirinya untuk berdiri.Mak ai,ni memang sah orang Melayu ni.Berlagak tak tentu arah.Bukan nak minta maaf tapi marahnya aku.Aku pun bertahun juga duduk di Scotland tu.Tapi dah nak balik Malaysia ni,pandai – pandailah diri tu nak sesuaikan diri.
“Hei,miss.I’m talking to you right now!And don’t you ever to pretend that you’re innocent.You better be responsible on what you did to me.”lelaki itu bersuara lagi.Kali ini betul – betul mencairkan telinga Bell.Orang Melayu berlagak macam orang putih.
“Encik,saya rasa tak payah la nak bertengkar kat sini.Buat malu je.Okay,saya minta maaf banyak – banyak.Saya tak sengaja pun.Rasanya encik tak de masalah dengan Bahasa Melayu saya ni,kan?”Bell cuba bertolak – ansur.Muka lelaki itu sudah berona merah.Barangkali malu ditegur oleh Bell.
“Saya tak de masalah pun dengan bahasa cik.Tapi mungkin cik patutnya lihat apa yang dah jadi pada baju saya ni.Saya rasa cik yang nanti ada masalah dengan saya nanti.”lelaki itu pula membalas.
Mak ai,kena kopi ke tu?Tak kan aku yang penyebabnya.Rasa macam susah je tanggal kotor tu nampak gayanya.Tapi boleh je mamat ni cakap Melayu.Ingatkan tadi anak Prince Charles baru turun Malaysia je gayanya.Macam mana aku nak buat ni.Nak suruh ganti,aku bukannya tengah banyak duit.Habis aku lobi duit scholarship buat beli souvenirs untuk keluarga kat kampung tu.
“Cik adik oi.Saya tengah cakap dengan awak,boleh pulak awak duk tengok muka saya.Saya tau la saya ni handsome,tapi saya tak ada masa lah nak layan awak ni.Sekarang ni cuba awak fikir.Baju saya ni kotor semua gara – gara awak.Macam mana awak nak buat ni?”
“Saya tengah fikirlah ni.Bukannya duk tengok muka awak pun.”Muka tak handsome ada hati kata kita tengok muka dia.Please lah.
“Macam nilah,awak bagi awak punya phone number and then I’ll call you to solve this probs.”
“Tak pelah Mr.No Name.Saya bagi saya punya email address jer.Saya rase benda tu pun dah memadai untuk awak nak minta ganti rugi dari saya. i_11@yahoo.com.”
“Eleh,tak nak bagi phone number konon.Apa ingat saya ni nak mengorat awak sangat la tu.
“Saya punya suka la.Mulut awak jaga sikit ek.Kalau saya lempang kang tak pasal – pasal awak masuk hospital.End of discussion.”
Kurang ajar betul mamat tu.Aku punya suka la nak bagi ke tak nak.Kira syukur la aku email address tu.Kiranya aku nak la jugak bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat.Daripada rasa nak ke toilet tadi pun dah hilang.Semuanya gara- gara mamat perasan tu.
“Diharap semua penumpang dapat duduk di tempat masing – masing kerana kita akan mendarat sebentar lagi.Dan diingatkan supaya penumpang semua dapat memasang tali pinggang keledar masing – masing.Harap maklum.”suara kapten bergema buat kali kedua sebagai tanda amaran keselamatan kepada penumpang.Nasib baik nak dekat sampai dah.Kalau tak,mau berlubang kerusi ni tahan panas kat mamat tadi tu.Mamat kurang adab.
***************
Dari jauh Bell sudah nampak ibu bapanya yang melambai dari jauh.Alhamdulillah, sampai juga dia di KLIA ni.Bell segera mendapatkan kedua ibu bapanya sambil menolak troli.Kedua – duanya erat membalas pelukan anak yang dikasihi.Melepaskan rindu barangkali.
“Ibu,Bell kangen bagat sama ibu”Bell meluahkan rasa rindu sambil berdialog dalam bahasa Indonesia.
“Aik,ibu hantar Bell study kat Scotland.Ni apa pasal cakap Indon ni?”tanya Puan Melur.
“Alah,ibu ni.Bell gurau je la.Kan roommate Bell Si Dewi tu orang Indon.Saja je nak tukar selera sikit.”
“Bell ni tak kan rindu kat ibu je.Ayah ni macam mana?”soal Encik Talib.
“ Ayah sikit pun Bell tak rindu.”usik si anak.
“Oh,belajar jauh – jauh nak jadi anak derhaka ye?Nah,rasakan.”Bell terjerit menahan sakit akibat dicubit ayahnya di bahagian pipi kanannya.Lantas,dia segera menggosok pipinya untuk menghilangkan rasa sakit.Bell merupakan anak kedua daripada tiga adik – beradik dan merupakan anak perempuan tunggal bagi pasangan Encik Talib dan Puan Melur.Justeru itu,Bell merupakan anak emas bagi mereka selain dikurniakan akal yang bijak dan anak yang mendengar kata.Kemesraan keluarga Encik Talib itu telah menarik sepasang mata untuk melihat kebahagiaan tersebut.
***************
“Ha,Hakim apa yang kamu menungkan tu”Encik Mustafa bertanya kepada anak terunanya,Hakim Ezairy bin Mustafa.
“Tak de apa-apa lah papa.Saje je Hakim tengok – tengok kedai kat situ.Dah banyak berubah kan KLIA ni?”
“Kamu pun dah tak balik kat sini 2 tahun.Dalam masa tu je,dah macam – macam hal yang berlaku.”
“Jom lah papa.Kita balik.Hakim rasa dah tak larat dah ni”
“Ha ah.Jom lah kita.Mama dah tunggu lama dah kat rumah tu”
Kemesraan keluarga tadi benar – benar menarik perhatian Hakim.Begitu juga gadis yang berada di samping keluarga tersebut.Benar- benar terserlah peribadi gadis tersebut apabila di samping keluarganya.

1 comment: