Monday 2 November 2009

want to be my enemy

Bab 2

“Hello, Mighty Mole ada tak?”Bell memulakan perbualan di telefon.
“Apa?” suara di hujung talian pula yang melontarkan soalan kepada Bell.
“Mighty Mole ada ?”
“Siapa yang cakap ni?Sini tak de orang nama macam tu.Rasanya cik ni salah nombor agaknya.”
“Tapi cik ni memang nombor kawan saya.”
“Cik ni silap ni.”
“Wei,ni aku la.Bell.Kau tak ingat ke?Gelabah la kau ni.”
“Ya Allah,Bell rupanya.Aku ingat minah sewel mana la tadi.”
“Minah sewel?”
“Ye la,Angin tak de,ribut tak de alih- alih kau call aku panggil Mighty Mole pulak.Sungguh kau ni kawan yang kurang tatasusilaan.”
“Ok,stop!”
“Tak de stop – stop.Memang kau dari dulu tak pernah nak berubah.Ada – ada je nak menyakat orang.Nasib baik aku tak letak phone tadi.”
“Ok.Ok.Aku ngaku.Kau ni dah la stop membebel.Aku tau lah kau ni bakal cikgu.Banyak cakap sungguh”
“Ye la.So,apa kes kau telefon aku pagi – pagi ni.Selalunya,kau nak contact aku pun pakai ym je.”
“Wei,aku dah balik Malaysia la.So,aku call ni sebab nak ajak lepak la petang ni.Dah lama tak jumpa kau.”
“ Kau.Kau balik sini tak cerita kat aku pun.Sampai hati.”
“Saje nak bagi surprise.So,petang ni kat JJ lepas zohor nak?”
“Boleh je.Aku dalam pukul 3 petang ni.Insya Allah.”
“Ok,set.Wei,aku chaw dulu la.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”

Mighty Mole.Siapa sangka budak yang diberi gelaran Mighty Mole ini memiliki sebaris nama yang cukup indah,Aisyah Al-Humairah.Diberi gelaran gara-gara memiliki sebiji tahi lalat di pipi yang menyerupai Azean Irdawaty.Sampaikan ada orang panggil Azean Junior.Tapi Aisyah tak kisah.Budaknya pun baik je.Tak pernah nak marah orang.Terima je segalanya.Berkawan baik dengan Bell pun sejak sekolah rendah lagi.Satu – satunya kawan Bell yang dapat bertahan dengan sikap Bell yang gila – gila tu.Mengusik orang tak kira tempat dan masa.Sampaikan cikgu pun pernah jadi bahan usikannya.Cuma saat ini,Aisyahlah yang merupakan orang yang paling rapat dengan Bell selain keluarga Bell sendiri.


Bell tiba di JJ ataupun dalam nama penuhnya,Jaya Jusco pada pukul 2.45 petang.Dia sengaja tiba lebih awal daripada Aisyah kerana ingin mencari pembalut hadiah yang sesuai untuk buah tangan Aisyah dari Scotland.Bell tampil ringkas dengan t-shirt lengan panjang berwarna biru laut dan berseluar jeans hitam.Dan yang paling penting bertudung dengan selendang putih. Selesai membalut hadiah dan membuat bayaran,tiba – tiba telefon bimbit Bell berdering nyaring tanda minta diangkat.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“Ha,kau kat mana ni?”Bell pantas bertanya.
“Aku ada kat parking lot ni.Kau tunggu aku kat Secret Recipe tau.Nanti aku datang.”
“Okey.Aku tunggu kau kat sana.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”

Dari jauh kelihatan bumbung kedai kek yang terkenal tu,Secret Recipe.Bell pantas mencari lokasi di gerai tersebut.Tempat lepak.Dalam hati Bell berteka – teki juga,kedai dalam bangunan pun nak letak bumbung.Itu namanya kreatif luar alamlah tu.Dah memang sah kedai dalam bangunan dijamin tak panas dan tak disiram hujan tapi berbumbung juga.Nak tarik minat orang ramai tapi menarik juga.Bell cam orang yang berblouse merah hati tu.Siapa lagi kalau bukan kawan baiknya,Aisyah.Wah,siap lambai – lambai lagi kat aku.Aku nampaklah kau Aisyah.Ayu je nampak Aisyah berblouse merah hati.Habis tu,kau bila lagi nak mencuba pakai blouse- blouse ni.Tak kan nak pakai t-shirt je.Aku kalau pakai blouse,alamatnya ibu aku buat kenduri tahlil siap – siap kat rumah.Mesti ibu kata urat saraf otak aku dah bersimpul.Sungguh aku nanti jadi betul – betul minah sewel.
“Wei,kau ni apsal senyum sorang – sorang ni?”Aisyah bertanya.
“Kau ni buat aku terkejut je.Bagilah salam!”Bell menjawab.
“Hello.Aku dah bagi salam 3 kali tau.Kau tu yang menung jauh.Senyum – senyum pulak tu.”
“Mana adalah.Aku tengok kau la.Cantik kau pakai baju ni,kan.”
“Alah,kau pun apa kurangnya.Masih mengekalkan imej lama.Ingatkan duduk lama kat Scotland tu dah pandai nak pakai dress ke,blouse ke,”
“Please lah.Wei,dah la.Kau pergilah order nak makan apa.Aku dah order dah tadi.Aku belanja kau.”
“Wah,baiknya kau.Ok lah aku pergi order dulu,k?”
“Ye lah.”

Bell memerhatikan keadaan di sekelilingnya.Tak banyak berubah pun.Namun mata Bell menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya.Seperti pernah kulihat manusia ini,tapi di mana ya?Pelanduk dua serupa kut.Takkan lah dia pun orang sini juga?Minta-minta lah dia tak mari ke sini.
“Ha,kan aku dah kata.Kau ni asyik menung je.Tak sedar pun aku duduk kat sebelah ni!”
“Isyh,tak lah.Aku tengok kedai kat situ je.Kau order apa?”
“Aku order chicken chop dengan iced lemon tea.Hehehe.”
“Mak ai,kau tak makan ke tengah hari tadi?Aku ambil choclate cheese dengan plain water.”
“Aku tau kau mesti belanja aku punya.Sebab tu aku tak makan tengah hari tadi.Jangan marah ye,”
“Kau ni teruk betul la.Ambil kesempatan kat aku.”
“Wei,kau cerita la apa – apa yang terbaru kat aku.Macam mana hidup kau lepas balik Malaysia ni ke?”
“Alhamdulillah,aku dapat surat kelmarin dari kementerian.Aku dapat posting kat Hospital Ipoh.Dekat sikit aku nak ulang-alik dari rumah mak aku.”
“Oh,baguslah macam tu.Senang kita nak hang out nanti.Lagi?”
“Lagi?”
“Ye la.Citer lain pulak.”
“Ha,baru aku teringat.Waktu aku naik plane nak balik sini.Kau tau ada mamat poyo nak mampos agaknya.Aku rasa macam nak lempang je.Konon mat salih lah tu.Meluat aku,beb.,”
“Ei,story slow – slow la dengan aku.”
“Macam ni.Waktu aku nak pergi toilet tu aku terlanggar seorang mamat ni.Memang aku minta maaf dengan dia.Tapi,dia punya speaking berabuk English.Aku ingat mat salih.Alih – alih mamat Melayu.Itu yang buat aku panas ni,”
“Then,”
“Baju dia terkena kopi.So,dia minta aku punya number tapi aku bagi email je.Kau pun tau kan aku mana bagi number kat orang yang aku tak kenal.Then,dia kata aku perasan ingat aku nak mengorat dia pulak.Kalau bukan sebab nak sampai,memang aku nak curah satu cup kopi tu atas kepala dia,”
“Hahahaha.Kelakar giler la cerita kau ni.Kau ni memang tak boleh hilang erk anti lelaki kau ni.Kau jaga – jaga.Nanti mabuk rindu pulak.”
“Wei,aku doa siang dan malam kat Tuhan.Aku boleh,tu lah kali terakhir aku jumpa orang macam tu lagi.Ya Allah,minta dijauhkan.”

Aisyah masih lagi ketawa terbahak-bahak.Malu pun ada.Sampai meja lain pun asyik tengok – tengok.Pesanan sampai.Hilang semua wayang gambar dalam plane.Yang terbayang di depan mata cuma choclate cheese dan plain water yang dinantikan.Budak waiter berlalu tetapi dipanggil oleh pelanggan yang berada di meja di belakang Bell.Mengambil pesanan baru barangkali.Namun suara lelaki yang laju memesan makanan menangkap pendengaran Bell.

“Wei,Bell.Group mamat kat meja belakang kacak membunuh,beb.”
“Isyh,kau ni makan je lah.Jangan tengok-tengoklah.”
Aisyah masih lagi mencuri – curi tengok meja belakang Bell.Apa hal Aisyah ni.Tak pernah tengok lelaki ke?Sebenarnya Bell cuba mencuri dengar apa yang sedang diperkatakan oleh lelaki di belakangnya.Kenapa cerita dia sama je macam apa aku kena hari tu?
“Kau nak tau perempuan tu punya la perasan.Aku mintak number tapi bagi email.Ingat aku kebulur sangat.”
Samalah cerita kita.Siapa budak lelaki ni?
“Dah lah tumpahkan kopi kat atas baju aku.Lepas tu,nak tunjuk garang pulak kat aku.”
Macam aku je tu.Orang lain punya cerita kut.
“Bell,jom lah.Kita tengok wayang nak?”
“Bell!”
“Ha,okay – okay.Good idea.”
“Wei,apa hal makan sikit je kek ni.Membazir la kau ni.”
“Tak lalu la pulak.Nah,ambil duit ni.Kau bayarkan.”
Aisyah pergi menjelaskan bayaran di kaunter.Bell memasang telinga balik.Ni,memang sah mamat ni kutuk aku.Bell mula berjalan bergerak ke arah meja belakangnya.Sah!Memang orang yang sama.Asetat kau!
“Wei,kau!Kau ngutuk aku,ingat aku tak dengar ke,ha?”Bell menyoal garang sehinggakan semua pelanggan memandang ke arah meja tersebut.
“Hek eleh,kau.Wei,korang minah ni lah yang aku cerita tadi.Tak sangka pulak jumpa kat sini.”Lelaki tersebut menunjuk-nunjuk Bell kepada kawan – kawannya.
“Kurang ajar kau.Tak payah lah nak kutuk aku.Apa,kata aku tak bayar konon.Kau tu yang tak bagi email.Macam mana aku nak tau?”
“Kau la yang patutnya cari aku.Kau yang bagi tumpah.Kau ingat baju aku murah ke macam baju kau tu?”
“Macam mana aku nak cari aku?Ingat aku banyak masa nak cari kau.Eh,aku ada banyak lagi benda nak cari selain dari kau.Baik aku cari beruk lagi bagus dari kau!”

Sesi pergaduhan berjalan lancar tanpa menunjukkan tanda akan bersurai.Masing – masing nak tunjuk siapa lagi bagus dalam melantangkan suara.Baik si pemuda mahupun yang pemudi,seorang pun tak nak mengaku kalah.Akhirnya,pengurus Secret Recipe terpaksa masuk campur kerana pergaduhan mereka mengganggu urusan pelanggan yang lain.Bell ditarik oleh Aisyah untuk beredar dari situ.Lelaki itu juga ditarik pergi oleh kawan- kawannya.Sebelum beredar,Bell sempat melemparkan RM100,2 not RM50 kepada lelaki tersebut.Baru puas rasa hatinya.
*************

“Wei,Hakim.Tak patut tau kau buat macam tu kat perempuan tadi.Kita orang malu besar percuma je tadi.”
“Alah,perempuan tu memang patut pun kena macam tu.Baru puas rasa hati aku.”
“Kau beralah lah sikit.Perempuan tu.Bukannya lelaki.”
“Dia panggil aku mamat poyo.Malulah aku.Dah la wei.Jom lah blah dari sini.Sakit hati aku ni.”
“Ye lah.Jom.”

No comments:

Post a Comment