Monday 2 November 2009

want to be my enemy

Bab 5

“Assalamualaikum,Aisyah.Aku ni,”Bell memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam,Bell.Kenapa dengan kau ni?Lain macam je bunyi,”Aisyah bersuara prihatin.
“Aisyah,kau mesti tak percaya dengan apa yang aku nak cakap kat kau ni,”
“Apa dia?Cakap je la kat aku ni,”
“Ibu aku dah jadikan hidup aku ala – ala cerita Hindustan la,”
“Ha?Apa kau mengarut tengah – tengah malam ni Bell,”
“Kau ingat tak budak laki yang gaduh dengan aku kat Secret Recipe hari tu?”
“Ye,aku ingat lagi.Siapa boleh lupa kalau jumpa laki hot macam tu,”
“Hisyh,kau ni.Bukan point tu yang aku nak cakap.Budak laki tu la hero dalam cerita Hindustan yang ibu aku buat untuk aku,tau?”
“Let me guess.Ni sah cerita Hindustan yang kahwin paksa.Betul tak?”
“Ye la.Naik pecah otak aku fikir macam mana tak nak kahwin dengan dia.Gila pe?”
“Kalau aku kan Bell,aku setuju je.Bukan senang nak dapat laki macam tu.Lagipun pun kau bukannya pernah ada relationship dengan mana-mana lelaki.Kau anggaplah benda ni macam cabaran buat kau!”
“Gila ke kau ni?Ni cabaran seumur hidup aku.Aku tak nak la,Aisyah.”
“Kau buat la solat istikharah dulu.Lepas tu,kau tuggu je la petunjuk.Aku rasa itu jalan terbaik aku boleh bagi kat kau.Tapi,kalau aku macam kau yang kena kahwin dengan laki tu,aku tak buat istikharah kut.Aku terus je setuju nak kahwin.Hehehe,”
“Eh,kau ni pelik – pelik la bila dah makin dewasa.Apa yang kau pandang sangat kat budak tu apa ntah!”
“Ok la,Bell.Aku off dulu la.Aku banyak kerja lagi nak buat ni.Budak – budak nak dekat exam dah ni,”
“Ok,assalamulaikum and thank you so much luangkan masa untuk aku,”
“Waalaikumussalam,”

Selesai sahaja perbualan dengan Aisyah,Bell pantas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan solat istikharah.Biarlah Tuhan yang menentukan pilihan yang terbaik untuk dirinya.Ini kerana dia yakin dan percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Bell juga melakukan solat sunat yang lain dalam erti kata lain ingin menenangkan dirinya.Solat juga mampu membuatkan dirinya lebih tenang dan bertambah dekat dengan Yang Maha Esa.Dia memerlukan ketenangan supaya bebanan yang dirasainya saat ini tidak mengganggu dirinya untuk meneruskan tugasnya pada esok hari.
**************

“Bell,mari sarapan dulu,nak.”Mak Cik Yati mempelawa yang sekarang ni sudah merangkap ibu mertua Bell,mama.Waktu itu,Bell sedang menuruni tangga.Ruang makan berhadapan dengan tangga.Bell lengkap berpakaian baju kurung biru laut dan bertudung putih.Di meja makan,kelihatan Pak Cik Mustafa ataupun papa sedang membaca surat khabar NST manakala Hakim sedang menghirup teh yang sedikit pun tak peduli akan kehadiran Bell.Bell mengambil posisi di sebelah mama untuk menikmati sarapan pagi.
“Mama,Bell mungkin balik lewat petang sikit kut.Sebab kami ada mesyuarat dengan pengarah lepas tengah hari,”Hakim cuma memasang telinga mendengar perbualan antara ibu mertua dan menantu.Eh,menantu tu bini kau la!Baru aku teringat.Hehehe.
“Hai,Hakim duk sengih sorang-sorang,kenapa?”Papa menegur Hakim.Bell pantas menghadap mukanya ke arah Hakim.
Kau apa hal sengih – sengih tengok aku?
Aku punya suka.Mulut aku.Bukan mulut kau!
Tak malu.Gatal tak bertempat.
Gatal – gatal pun husband awak jugak.
Siapa ntah mengaku dia tu husband kita?
“Biasalah papa,orang baru kahwin memang macam tu!”Adik Hakim,Erina menyampuk.Erina baru keluar dari dapur.Muka Bell dah macam orang simbah sos cili je.Merah habisan!
“Alah,kau ni dik.Kacau daun sungguh.Along baru je nak layan,”Hakim sengaja nak menyakat Bell.Jantung Bell berdegup pun dah macam symphony Beethoven bercampur dengan Schubert je lagunya.Hakim kau jangan nak memandai –mandai!
“Kak Bell ni dik,manja gila dengan Along.Ada patut semalam dia kata kalau boleh nak ikut Along pergi kerja.Sedetik pun dia tak nak berpisah dengan Along,”Hakim dah keluar aura gedik dia.
“Adik,tak payah la nak percaya cakap Along ni.Dia ni suka merepek tak tentu pasal,”Bell cuba menghilang rasa gabranya.
“Sayang,tak payah la nak segan – segan dengan abang.Sayang ni dah blushing teruk sangat dah ni abang tengok ni,”Hakim usik lagi.Mama dan papa hanya senyum – senyum je.Erina macam nak keluar lagi je usikannya tu.Wei,bila masa pulak kita ni berabang sayang ni?Please lah.
“Ha ah la.Kak Bell blushing teruk sangat dah ni.Mesti ada apa – apa ni?”
“Eri,kau mengarut macam orang dah dewasa je.SPM pun tak ambil lagi dah pandai merepek macam orang tua ye?”Mujur mama sempat menyelamatkan Bell.Menantu kesayangan mestilah kena diselamatkan.
“Tak pe lah,Bell pergi kerja dulu lah.Rasa macam dah tak sempat dah ni.Takut jalan jam,”
“Roti tu tak berusik pun Bell.Makanlah sikit,”Mama memujuk.
“Ye,Bell.Makanlah sikit,”Papa bersetuju.
“Tapi,Bell betul – betul nak cepat ni.Bell pergi dulu,ye.”Lantas tangan kedua mertuanya disalami dan segera mengambil sling bagnya menuju ke pintu.
“Sayang!Sayang lupa ke nak salam abang ni?”Hakim mula bersuara macam kucing miang.Bell segera berpatah balik untuk menyalami Hakim.Nanti apa pula kata mertuanya.Dalam hati,hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berapinya Bell.Tak pe,Hakim.Kau ambil kesempatan kat aku depan parents kau ye.Erina cuma tersengih – sengih je.Adik,kami bukan pasangan romantis yang kau nak heboh satu sekolah nanti.Bell faham sangat akan perangai budak sekolah ni.Nanti heboh la kata abang dan kakak iparnya pasangan romantik dalam dunia ni.Bell faham sangat.Bell segera menuju ke kereta Toyota Camry miliknya lantas menghidupkan enjin untuk ke tempat kerjanya.Dalam hati dah berkilo-kilo seranah buat suami ter’cinta’nya.
***********

“Dr Bell,how’s your life?”Salah seorang rakan setugas menegur Bell,Dr Suzanne.
“Good,”Hidup aku macam orang gila.
“Ai,tak kan good je,”
“Okay je.Nothing special.K la Anne.I nak siapkan dulu report ni,”
“Moga you berbahagia hingga akhir hayat,k?”
“Thanks!”Entah – entah akhir bulan ni pun dah berakhir......

No comments:

Post a Comment