Monday 2 November 2009

want to be my enemy

Bab 3

Sudah 2 bulan Bell menjalankan tugasnya sebagai doktor gigi di Hospital Ipoh.Segala penat lelahnya menelaah pelajaran selama ini terbalas apabila dia berjaya dia mencapai cita – citanya sebagai seorang doktor gigi.Baru bergelar sebagai doktor gigi benar – benar menuntut kesabarannya kerana kerja yang tak pernah habis.Sering menjadi buli oleh doktor – doktor yang sudah senior.Waktu rehat yang sebeginilah yang amat dinantikan Bell.Mana taknya, baru boleh lari sekejap daripada tugasan yang amat menuntut kesabaran seorang insan.Dalam melayan kepenatannya,Bell mula teringat akan perbualan dengan ibunya beberapa hai yang lalu.
“Bell,kamu dah ada kawan?”Waktu tu tengah sibuk memotong sayur,bantu ibu di dapur.
“Ada je,”Ibu ni mulalah nak masuk aura matchmaker dia tu.
“Ye ke?Siapa budaknya?”Rumah dia kat mana?”
“Ibu,rileks sikit.Tak sempat – sempat nak tanya Bell.Alah,takkan ibu tak kenal si Aisyah tu.Dah lebih 10 tahun Bell kawan dengan dia,”
“Ya Allah.Aisyah tu memang lah ibu kenal.Dah macam anak sendiri dah.Ni,ibu maksudkan marka.Pakwe ke boyfriend ke?”
“Ibu!Ni yang Bell tak suka ni.Ibu suka tau cakap benda – benda mengarut macam ni.Tolonglah.Drop the subject!”
“Bukan apa.Ibu risau tengok Bell ni.Sampai sekarang tak berteman.Anak orang semua dah merasa naik pelamin.Bell bila pulak?”
“Alah,Along pun tak naik pelamin.Apsal Bell pulak yang nak kena naik dulu?”
“Along tu memang lah.Bell,ibu dan ayah memang dah pasang niat dari Bell kecil lagi.Kami memang nak kahwinkan Bell dulu baru Along,”
“Bell memang tak nak fikirkan benda ni dulu lah,ibu.Tak pe,ibu kahwinkan aje Along dulu.Bell sikit pun tak kisah,”Ibu aku ni lain macam je.Patutnya,anak sulung yang orang kahwinkan dulu.Ni aku pulak yang tak pasal – pasal kena dulu.Pelik bin ajaib sungguh pemikiran ibu bapa aku ni.
“Kalau Bell tak de kawan dengan siapa – siapa,ibu nak kenalkan Bell dengan anak kawan ibu ni.Kami memang baik dari sekolah lagi.”
“Ikut suka ibu lah.Tapi,Bell akan pastikan Budak lelaki tu menyesal kenal dengan Bell.Waktu tu,ibu tak boleh nak marah kat Bell.”
“Ibu tak kisah.Nanti Mak Cik Yati tu datang masa ibu dan ayah punya anniversary hujung bulan ni.Ibu dan ayah ingat nak buat sikit doa selamat.”
“Elok lah macam tu,”
“Alah,Bell janganlah merajuk dengan ibu.Ibu sayangkan Bell.Lagipun budak tu memang baik benar.Ibu dah jumpa dah budaknya.”
“Apa – apa je lah,”Kau tunggulah wahai anak Mak Cik Yati,oi!Hari aku akan tiba pada masanya.

Krrriitt. Krrriitt. Krrriitt.Alat kelui Bell berbunyi.Tanda masa rehat dah habis.Kasihan anak Mak Cik Yati.Kau tunggulah untuk jadi mangsa aku yang seterusnya.Hahahaha.....

**************

“Hakim!Kamu tak nak sarapan dulu ke?”
“Tak pelah,mama.Hakim dah lambat ni.Lagipun,sakit gigi ni tak hilang lagi dari semalam,”Selesai bersalaman dengan papa dan mamanya,Hakim tergesa – gesa meluru ke arah pintu untuk memakai kasut.Sebelum Hakim ke keretanya,mamanya sempat melaung,
“Jangan lupa jumpa doktor gigi petang ni.Kalau tak pergi jugak,kamu tunggulah tulah dari mama!”Mama dah mula menurun perintah.Hakim terpaksa turut kerana tak sanggup melangkah daulat mama.Kalau tak,disaster namanya.
“Ye, petang ni Hakim pergi.Hakim ambil half day hari ni.Hakim pergi dulu!”Hakim menerobos masuk ke dalam kereta.Lalu,Hakim hilang bersama deruman enjin dan memecut laju tak ubah seperti kereta F1.
*************

Bell mengenakan baju kurung berwarna kuning air beserta tudung putih.Dia juga menutup separuh mukanya dengan face mask sebagai salah satu prosedurnya untuk menjalankan tugas.Bukan kerana mahu menutup bau nafas pesakit tetapi lebih kepada melindungi daripada jangkitan kuman.
“Dr Bell,you nampak penat sungguh.You dah ready ke ni?I nak panggil patient yang baru ni,”Jururawat gigi yang bernama Mimi menegur Bell.
“You panggil je lah.I boleh lagi ni,”
“Okay!”
“Hakim Ezairy,boleh masuk sekarang,”Kedengaran suara Mimi memanggil pesakit yang baru.
“Encik boleh duduk sekarang,”Suara Mimi lagi.
Bell pantas berpaling dari singki bergerak menuju ke arah pesakit yang baru masuk yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan.Bell duduk di atas kerusi yang iras – iras bar chair.Memakai sarung tangan getah dan muka dah sedia memakai face mask.Tangan mula mengambil tools untuk memeriksa gigi.

“Okay,encik,”Darah tiba – tiba rasa macam dah turun dari muka.Rasa sejuk Tuhan saja yang tahu.Ya Allah,lemahnya aku rasa.Terasa macam waktu dah berhenti berjalan je.Boleh putar balik?
“Dr Bell!Cepatlah check.Patient tu nganga macam tak cukup nafas je I tengok,”Mimi menegur.
“Ya Allah.Tak pe lah,Mimi.I can handle this patient.You tolong ambilkan I tools yang dah sterilise.”pinta Bell.Patient ni kalau putus nafas pun bagus jugak.
“Okay.Jangan ushar lama – lama,doc!”Mimi sempat mengusik.
Bell meneruskan tugasnya memeriksa gigi pesakit tersebut.Haisyh, tak de orang lain dah ke kat Perak ni nak jadi patient aku pun.Kenapalah aku asyik jumpa dia je.Naik jemu aku.Kalau Tuhan bagi aku sejuta kanak – kanak yang gigi berlubang pun,aku tak kisah nak rawat budak tu daripada mamat seekor ni.
“Cik,saya rasa problem cik ni kat gigi geraham belakang tu.Saya akan buat tampalan amalgam kat situ.Cik ada rasa sakit kat bahagian mana lagi?”
Kau tunggulah time aku nak tampal karang.Segala bapak jenis amalgam aku bubuh kat kau.
“Saya selalu rasa gigi saya ngilu bila minum air sejuk.Kenapa ya doc?”

Comelnya mata doktor ni.Nama pun sedap je.Boleh tak doktor tampal gigi saya lama sikit?
“Oh,tu sebab tampalan gigi geraham cik dah bocor.Ni kiranya saya buat yang barulah.Cuma ambil masa sikit,”
Eh,mamat!Kau jangan nak buat muka galak kat aku.Aku bagi kang gerudi Inul kat kau.
“Saya no hal.Lama – lama pun tak pe,”
Ya Tuhan.Biarlah masa ni berpanjangan bersama doktor gigiku sayang.Sah aku ni dah hilang wayar!
“Okay!”
Bell mula membuat tampalan gigi geraham milik pesakit tersebut.Dalam banyak – banyak pesakit,Bell rasakan inilah kerja yang paling tak ikhlas pernah dia buat.
Dr.,apsal kasar sangat ni?
Aku punya suka lah.Padan muka kau.
Ya Allah.Dr ni gerudi gigi aku macam tebuk lubang kat dinding je gayanya.
Kau nak sangat gigi terkatup,kan?Kau rasalah!
Tak pe,cun punya pasal.Aku rela,Dr!!
“Okay,cik.Dah siap.Rasanya tak de masalah dah lepas ni.Kalau rasa lagi,cik boleh buat rawatan susulan kat hospital ni lagi,”Bell pantas membuka face masknya sambil mempamerkan riak muka macam baru lepas menang wrestling.
“Ya Allah!Kau!Patutlah,”Hakim berkata sambil memegang pipi kanannya.
“Cik boleh keluar sekarang.Ramai lagi orang yang tengah tunggu saya.Silakan,”Bell menunjukkan senyum yang paling manis.
“Hei,you’ll pay for this!Sakit beb gusi aku.Entah – entah kau ni doktor yang tak bertauliah,”
“I prefer with credit card.Hahaha....”

Hakim keluar dari bilik rawatan dengan perasaan tak puas hati yang begitu menggila dalam hatinya.Patutlah doktor tu buat kasar nak mampos.Mesti dia nak balas dendam kat aku.Tak pernah aku jumpa doktor gigi yang paling kejam macam perempuan ni.Habis sengal – sengal gusi aku.Gerudinya gigi aku macam nak buat projek Kemahiran Hidup je.Sakit seyh!
Di dalam bilik rawatan,seorang doktor gigi ketawa dengan senang hati sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan staf bilik rawatan.Budak ni baru kerja 2 bulan tak kan dah putus wayar sampai gelak sorang – sorang.Stress punya pasal la kut.


Pada waktu makan malam selepas menunaikan solat Isyak,Bell beristirehat bersama keluarganya untuk menghilangkan penat bekerja seharian.
“Ibu,Along balik tak hujung bulan ni?”
“Along tak sure lagi dia boleh ke tak.Banyak kerja katanya,”
“Alah,tak syok kalau Along tak balik.Habis tu,siapa nak jadi imam Maghrib nanti?”Adik Bell yang bongsu,Aril menanyakan soalan.
“Kau lah jadi,Ril.Kau kan laki.Bila lagi nak tunjuk kat kitorang.Takkan Along je tiap- tiap tahun,”
“Ril bukan tak nak jadi tapi kan Along tu anak sulung.Anak sulung kan lebih afdal,”
“Ye lah tu.Entah – entah kau takut tak?”
“Eh,please!”
“Ha,dah – dah la tu.Kang nak cari gaduh lah tu.Ni ayah nak dengar apa yang tv ni cakap ni,”Encik Talib mula nak meleraikan butir – butir pergaduhan antara Bell dan Aril.
“Senang- senang ibu suruh je anak Mak Cik Yati jadi imam malam tu,”
Ibu ni tak habis – habis nak promote anak Mak Cik Yati tu.Sabar je la.
“Bell,mana ibu letak pinggan?”
“Bell,air ni nak hidang dulu ke?”
“Bell,tolong tengok jap bubur ni?”
“Bell boleh tolong angkatkan bekas tu?”

Bell tu,Bell ini.Semuanya Bell.Naik patah semua sendi aku kalau tiap – tiap hari aku buat kerja macam ni.Nasib baik dapat mintak off dari department.Boleh la nak tolong ibu sikit – sikit.Nasib baik la hari ni aku ABC (Allah Bagi Cuti).Kalau tak mau solat aku berterabur.Dah nasib jadi orang uzur,kena la kerja lebih sikit.Along kata nak sampai waktu Maghrib nanti.Alhamdulillah.Along dapat off jugak.Boleh la tolong aku kemas apa yang patut lepas habis majlis nanti.Nak harapkan Aril,tak payah la.

“Bell,mari sini ikut ibu kejap.Mak Cik Yati satu keluarga dah sampai.Jom ikut ibu sambut,”
“Okay.I’m on my way,”
Mak Cik Yati dan Pak Cik Mustafa berpakaian sedondong hijau pucuk pisang.Mereka bersalaman sesama mereka.
“Assalamualaikum, pak cik,mak cik,”
“Waalaikumussalam,nak.Dah besar kamu ye,”
“Ha,Yati mana anak kamu?”Ibu bertanya.
“Ha ah,Mus.Dari tadi saya tak nampak pun anak kamu,”Ayah juga mengeluarkan soalan yang sama.
“Ada.Tu ha.Tengah datang la tu,”Mak Cik Yati menjawab sambil menunjukkan ke arah seorang lelaki yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru muda.
Ya Allah!He’s my enemy.......
“Assalamualai....,”kum.Hakim putus di situ.
Oh my God!She’s my enemy........

No comments:

Post a Comment